IJABDANQABUL

TERMS AND CONDITIONS

Terma dan Syarat

1. Proses rekaan hanya akan dilakukan apabila pelanggan membuat bayaran deposit, minima RM100.

2. Proses cetakan hanya akan dilakukan apabila pelanggan membuat bayaran baki sebanyak 50% daripada jumlah sebenar.

3. Segala pembayaran boleh dibuat di atas talian atau ketika sessi perbincangan. Baki pembayaran akhir boleh dibuat ketika COD, jika pilihan COD dipilih.

4. Segala rekaan kad kahwin adalah PERCUMA. Rekaan boleh diubahsuai dari segi perletakan objek, warna latar belakang, font yang sesuai dan masukkan gambar.

5. Proses pembetulan kad HANYA boleh dilakukan sebanyak 5 kali SAHAJA.

6. Sekiranya pelanggan ingin menukar rekaan atau peta setelah draf dikeluarkan, pelanggan dikehendaki membayar kos rekaan sebanyak RM20. Kos ini tertakluk kepada jenis pindaan rekaan dan bergantung pada budi bicara Artwork Artis INQ. Selalunya jika pertukaran yang besar sahaja akan dikenakan caj.

7. Proses penyediaan rekaan baru adalah 10 hari (bergantung kepada kerjasama pelanggan) dan jika rekaan sedia ada adalah selama 3 hari.

8. Bagi tempahan ekspress, INQ akan mencadangkan kad jenis lain dan harga kad adalah berlainan dengan harga semasa kad kami. Caj penghantaran untuk tempahan ekspress akan ditanggung oleh pelanggan.

9.Tempahan ekspress adalah 4 hari untuk siap dan ditambah 2 hari untuk penghantaran.

CARA PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat melalui bank transfer, cash deposit atau ketika penghantaran barang (COD). Deposit tempahan hendaklah dibuat untuk tempahan diterima.

Jadual pembayaran adalah seperti berikut :

1. Lakukan deposit setelah rekabentuk dipilih. Apabila deposit telah dibuat kerja penghasilan rekabentuk akan dimulakan.

2. Baki 50% diperlukan setelah rekabentuk dipersetujui oleh anda dan kerja percetakan akan dimulakan.

3. Baki 50% dibayar apabila kad siap dicetak dan sedia untuk penghantaran express. Sila letakkan email fabfurq@gmail.com jika pembayaran atas talian dilakukan.

Terma Penghantaran dan Pemulangan

Penghantaran

1. Setiap penghantaran akan diberikan nombor konsainan untuk digunakan ketika menjejak parcel anda. Urusan jual beli dianggap selesai apabila pelanggan menerima nombor konsainan daripada pihak kami.

2. Jika berlaku masalah penghantaran, penerima parcel hendaklah menelefon syarikat penghantar kerana polisi syarikat penghantaran penerima yang sepatutnya memberi maklumat alamat dan mengatur waktu penghantaran.

3. Kadangkala syarikat penghantar mempunyai hari tertentu untuk penghantaran ke daerah atau tempat tertentu oleh itu amat penting untuk penerima menghubungi syarikat penghantar.

Pemulangan

1. Setiap pemulangan barangan hendaklah dilakukan seminggu selepas barang diterima.

2. Sila hubungi kami dengan segera untuk memberitahu masalah barang dan kami akan menyemak masalah tersebut.

3. Jika kerosakan berpunca dari masalah percetakan dan kekurangan barang, INQ akan menggantikan/ menambah semula dengan barang yang baru.

4. Jika kesilapan artwork, ejaan,  maklumat setelah barangan siap dicetak, INQ akan menyemak semula reka bentuk yang telah dipersetujui. Jika sama dengan reka bentuk yang telah dipersetujui, tiada cetakan ulangan akan dilakukan.

Bilangan Hari Proses

  1. Hari proses tidak termasuk hari rekaan dipersetujui dan hari barang akan diterima.

  2. Hari proses tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad atau hari cuti umum.

  3. Hari proses untuk kad kahwin adalah 14-20 hari bergantung pada jenis kad, kuantiti, lipatan, kemasan dan diecut. 

  4. Hari proses tidak termasuk hari / waktu diperlukan untuk kerja penyediaan rekabentuk, pembetulan serta kemaskini rekabentuk.

  5. Hari penyediaan rekabentuk adalah tidak tetap bergantung pada keadaan semasa seperti faktor rekabentuk yang banyak, musim kenduri dan faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan. 

  6. Maklumat ini adalah untuk membantu pelanggan merancang waktu yang sesuai untuk menempah pakej kad kahwin. Kami menyarankan anda menempah seawal 2 bulan dan mula cetakan 2-4 minggu sebelum tarikh diperlukan.

ADDRESS

 

SEKSYEN 33, SHAH ALAM,

SELANGOR

FULLY ONLINE.

CONTACT

 

order@ijabdanqabul.com

Tel: 019-576 4138

 

HOURS

 

OPEN DAILY

8AM-5PM

MAILING LIST

©2023 by Ijabdanqabul. Proudly created with Wix.com